MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Latest

PRU13: Ambil iktibar daripada politik semut

 

BERA, 30 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak rakyat, terutamanya orang Melayu menjadi ‘hakim’ dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang iaitu berani membuat keputusan.

Katanya, rakyat perlu berani berubah daripada keadaan sekarang di mana apabila tiba musim PRU seolah-olah sebagai pesta dan musim untuk mendapatkan wang.

Tambahnya, hasil daripada tidak memahami konsep sebenar politik dan pilihan raya inilah yang menyebabkan rakyat akhirnya boleh diperkotak-katikkan kerana mereka seolah-olah boleh dibeli.

“Sekarang sudah menjadi trend apabila menjelang pilihan raya, rakyat memikirkan berlumba-lumba nak dapat duit yang ditabur kerajaan dan peluang nak dapat durian runtuh tanpa menyedari kesilapan memilih kerajaan menyebabkan sengsara selama lima tahun selepas itu.

“Sepatutnya kesempatan yang ada diambil rakyat jadi hakim. Bila parti memerintah silap mereka tukar kerajaan seperti berlaku di England, Amerika, India, Indonesia dan lain-lain negara yang mengamalkan demokrasi. Maknanya mereka menjadi hakim. Read the rest of this page »

Yang mustahil masa BN tidak mustahil masa Pakatan

KUANTAN, 27 Jan: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, apa yang mustahil di zaman Barisan Nasional, tidak semestinya mustahil di zaman Pakatan Rakyat terutama masalah tanah.

“PR yakin dengan tindakan bersepadu antara semua agensi berkaitan, kita mampu mengatasi masalah tapak rumah dan isu tanah yang menjadi isu utama rakyat.

“Segalanya bermula dengan niat dan kesungguhan, dengan niat dan kesungguhan, barulah jalan baru akan ditempohi dan dicari sehingga mencapai hasrat yang diinginkan. Jika tanpa niat dan kesungguhan, mustahil kini manusia dapat menikmati kemudahan kapal terbang dan juga menjelajah ke bulan,” kata beliau, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub yang mendakwa janji PAS Pahang bahawa setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri pada PRU-13 nanti adalah mustahil dilaksanakan.

Ini adalah kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah sahaja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri.

Membalas kenyataan Adnan, Tuan Ibrahim berkata janji Azam, niat ikhlas dan keyakinan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat yang belum mempunyai rumah dan menyelesaikan masalah tanah yang telah diusahakan puluhan tahun belum mendapat hak milik di Pahang bukan lahir dari angan-angan atau dibuat tanpa asas, tetapi setelah hasil kajian mendalam oleh pelbagai pihak.

Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut, Tuan Ibrahim berkata PR telah membuat keputusan untuk membuka Felda plantation seluas 143,000 hektar di Pahang untuk membolehkan pemberian tanah dan tapak rumah kepada lebih 40,000 orang peneroka. Read the rest of this page »

Pembinaan Asrama Hafizah dan Armalah Ma had Tahfiz Darul Fikri, Kuantan.

image

image

image

image

Sihingga kini pembinaan yang sedang dijalankan telah menelan belanja sebanyak hampir 600 ribu ringgit, kami masih memerlukan sumbangan sebanyak 300 ribu lagi untuk supaya ianya dapat siap sepenuhnya dan dapat digunakan menjelang 2013 nanti.

Asrama Hafizah:
Bagi penempatan pelajar Hafizah(menghafal Al Qur’an sepenuh masa), yang usia kemasukan tidak melebihi 13 tahun.

Asrama Hafizah:
Penempatan muslimat terutama warga emas dan golongan armalah yang berhasrat untuk menuntut ilmu secara talaqi.

Sumbangan muslimin dan muslimat boleh disalurkan melalui:

1. BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
    Ma had Tahfiz Darul Fikri
    No Akaun : 0601 0034 88572 1

2. MAYBANK
    Khairul Azmi bin Ismail
    No akaun : 556226106657

3. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
    Khairul Azmi bin Ismail
    No Akaun : 0602 8020 0268 88

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Ust. Rosli Abdul Jabar (pengerusi pentadbiran) 014 5109316
Ust. Khairul Azmi Ismail Al Hafiz (Mudir) 013 9320100
Ust. A Mir Salam Abu Hasan (Tim. mudir)

image

   

Read the rest of this page »

Dewan berhantu

image

Cantiknya dewan orang ramai Kg.Peramu, Kuantan.inilah akibatnya bila diberikan amanah kepada org Yang tak mampu nak pikul amanah, harta benda rakyat yang sepatutnya dipelihara, dijaga dengan baik oleh JKKK , dibiarkan sehingga dalam keadaan begini, YB Tg. Lumpur tak ambil perhatian ke?

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2012

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina 2012 kepada semua kaum cina di Malaysia.

Bantuan Mangsa Banjir

Baru-baru ini saya dan rakan-rakan dari pemuda PAS kawasan Kuantan turun beramai-ramai membantu mangsa banjir di Tanah Putih lama berdekatan dengan Giant.

Alhamdulillah cuaca petang itu baik dan memudahkan lagi kerja kami untuk membahagikan beras dan makanan pada penduduk di sekitar itu.Kami menaiki dua kenderaan pacuan 4 roda dengan membawa 90 beg beras dan makanan rutin kepada penduduk.

Kedatangan kami disambut dengan baik walaupun terdapat beberapa dikalangan penduduk yang pro kerajaan. Kami tidak kira sama ada dari parti mana pun, yang penting kita tonjolkan akhlak kita yang baik supaya mereka tertarik dengan pembawakan dan mesej yang ingin kita sampaikan. Read the rest of this page »

“Jom Kembali Ke Sekolah”

Image

Mengimbas kembali pada program bulan 12 tahun lepas iaitu Program Jom Kembali Ke Sekolah yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Program gunting rambut percuma yang dianjurkan oleh Pas Kawasan Kuantan itu sempena meraikan pembukaan baru kemasukan pelajar ke sekolah pada awal tahun.

Program yang bermula pada 8.30 pagi itu berlangsung di dua kawasan iaitu di Tok Sira dan Tanah Putih. Program dirasmikan oleh Ydp PAS kawasan Kuantan iaitu Ustaz Rosli Abdul Jabar. Read the rest of this page »