MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Archive for April, 2012

Lagi Himpunan Bantah Lynas

Sekurang-kurangnya 1000 orang mengadakan perhimpuan aman sebagai bantahan terhadap cadangan pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng yang terletak berhampiran penempatan mereka.
Ia diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Al Fatah di Kuantan.

Perhimpunan ini turut dihadiri ketua pemuda PAS, Nasaruddin Hassa, ketua penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad, YDP PAS Kuantan Ustaz Rosli Jabar dan beberapa pimpinan lain.
Sambil membawa sepanduk dan kain rentang yang tertera perkataan “Selamatkan Kuantan, Hentikan Lynas” mereka juga mendesak pembinaan kilang itu dihentikan segera. (more…)