MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

PAS Pahang arah ahli sokong Himpunan Hijau 2.0

TEMERLOH: PAS Pahang mengarahkan semua ahlinya memberi sokongan kepada Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK 1 pada 26 Febuari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Roslan Zainal Al-Ahmadi berkata, perhimpunan secara aman itu adalah bagi membantah pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Bantahan ini perlu disokong kerana kilang berkenaan lebih banyak membawa keburukan daripada manfaat kepada rakyat.

Katanya, ia juga selaras dengan dasar PAS yang berterusan mendukung agenda pemuliharaan alam sekitar, perjuangan penjagaan kelestarian dan keadilan alam sekitar yang selaras dengan Piagam Bumi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Saya bagi pihak PAS Pahang meminta dan menggesa seluruh ahli dan seisi keluarga serta seluruh pendukung Pakatan Rakyat dan rakyat Pahang yang cintakan alam sekitar untuk turut menghadiri perhimpunan aman itu,” katanya.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat juga akan menghadiri Himpunan Hijau 2.0 itu.

Isu Lynas mendapat bantahan semua pihak melainkan Umno kerana ia kurang membawa manfaat sebaliknya akan meninggalkan kesan buruk kepada penduduk khusunya di Kuantan.

Kerajaan negeri bagaimanapun mempertahankanya dan berhujah bahawa kerajaan tidak akan membenarkan sesuatu yang memudaratkan rakyat sebaliknya pembukaannya akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

Kilang Lynas milik pelabur Australia itu dijangka akan menghasil nilai eksport bernilai RM80 bilion setahun. Ia dikecualikan daripada cukai selama 12 tahun.

Sumber : http://www.paspahang.net

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s