MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Archive for February, 2012

SAMBUTAN MARLIDURRASUL MTD TG.LUMPUR

Sambutan Maulidurrasul peringkat MTD Tg. Lumpur telah diadakan pada 19 feb 2012 (ahad) di Dewan orang ramai Sg. Isap fasa 3, program tersebut dimulai dengan forum penghayatan maulidurrasul disampai oleh dia ahli panel iaitu Al Fadhil Ustaz Hazmi Dibok (Pensyarah UMP) dan Prof. Madya Dr. Wan Masri Wan Mohd (Pensyarah UMP) dan moderator oleh Ust. Mohd Husni Mat Diah (Imam Masjid Sg.Isap 3). Forum yang bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 t.hari dihadiri oleh lebih 500 org penduduk setempat, jamuan makan pula bermula dari jam 11.00 t.hari hingga 3.00 ptg dgn kehadiran hampir 3000 orang pengunjung, pengunjung juga dapat membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma dan turut dihiburkan dengan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid Ma’had Tahfiz Darul Fikri.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Advertisements

PAS Pahang arah ahli sokong Himpunan Hijau 2.0

TEMERLOH: PAS Pahang mengarahkan semua ahlinya memberi sokongan kepada Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK 1 pada 26 Febuari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Roslan Zainal Al-Ahmadi berkata, perhimpunan secara aman itu adalah bagi membantah pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Bantahan ini perlu disokong kerana kilang berkenaan lebih banyak membawa keburukan daripada manfaat kepada rakyat.

Katanya, ia juga selaras dengan dasar PAS yang berterusan mendukung agenda pemuliharaan alam sekitar, perjuangan penjagaan kelestarian dan keadilan alam sekitar yang selaras dengan Piagam Bumi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). (more…)


SIDANG AKHBAR PR KUANTAN ISU KERAJAAN KELUARKAN GERAN TOL KEPADA PROJEK LYNAS

Kehadiran bersama rakan2 PR dipejabat DAP kuantan, wakil dari PAS ‘ YDP Ust Rosli Abdul Jabar, TYDP En  Sulaiman MD Derus dan Ketua Penerangan PAS Kaw, Ust Sahrudin Muhammad, PR Kuantan sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan kerajaan Neg Pahang mengeluarkan geran tersebut adalah tindakan Sangat terburu-buru, tanpa mengambil kira suara hati rakyat yang sangat bimbang projek kilang memproses radioaktif itu akan memberikan kesan yang burk terhadap kesihatan rakyat.

image

image

(more…)


JAMUAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PAS KUANTAN MERIAH

Program diadakan pada 5 februari 2012, bertempat di hadapan pasar tani Kg. Jawa dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 t.hari. Kehadiran lebih 500 org dari masyarakat cina dan india, majlis juga dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh dan rombongan rakan dari PKR, Rakan2 dark DAP juga turut sama memeriahkan majlis dan setiausaha DAP Kuantan telah menyampaikan ucapan bersama YB Fuziah, terima kasih kepada tetamu yang hadir dan semua petugas dari pihak PAS Kaw,MTD Tg. Lumpur, PAS Caw dan anggota Unit Amal Kaw yang sangat banyak membantu.

image

image

image

image

image

image

image


BAIKI JALAN DIPERKAMPUNGAN SETINGGAN KG. TANAH PUTIH BARAT.

image

image

image

image

Pada 4 feb 2012 yang lalu kerja membaiki jalan laluan utama di Kg Tanah Putih Barat telah dilakukan , setelah saya mendapat pengaduan dari penduduk setempat tentang keadaan jalan yang  begitu teruk terutama selepas musim hujan yang lalu, keadaan Jalan yang begitu teruk menyukarkan penduduk setempat untuk melakukan aktiviti harian,

(more…)


Lynas: Jarum jam bom jangka mula berdetik!

KUANTAN, 2 Feb: Jarum jam bom jangka Lynas telah bergerak! Itulah reaksi Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke atas kelulusan lesen kendalian sementara (TOL) kepada projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) semalam.

“Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300 ribu warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2 km dari kilang?

“Sampai hari ini, rakyat masih tidak faham mengapa kerajaan sanggup mengambil projek yang terlalu besar risiko untuk rakyat. Dengan kelulusan lesen pra-operasi telah semalam bermakna jarum jam ‘bom jangka’ telah bergerak. Jangan sudah terhantuk baru terngadah!” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut kenyataan AELB semalam, Lynas untuk dibenarkan memulakan operasi memproses nadir bumi di bawah pengawasan yang ketat daripada pihak berkuasa dan berdasarkan lima syarat lain yang mesti dipatuhi oleh Lynas.

1) pihak Lynas perlu kemukakan semua aspek berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF);

2) pelan dan lokasi PDF perlu dikemukakan tanpa mengambil kira hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengkomersilan, pengkitaran dan penggunaan semula bahan residu.

3) pelan dan lokasi PDF perlu dikemuka dan diluluskan dalam tempoh masa lesen dan tidak melebihi 10 bulan daripada tarikh pengeluaran lesen TOL.

4) Lynas perlu mematuhi syarat jaminan kewangan dan membayar Kerajaan Malaysia sebanyak USD50 juta secara ansuran.

5) Lembaga berhak melantik perunding bebas untuk menilai kepatuhan Lynas terhadap standard dan peraturan yang ditetapkan dan kosnya ditanggung oleh pemegang lesen. (more…)


PRU13: Ambil iktibar daripada politik semut

 

BERA, 30 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak rakyat, terutamanya orang Melayu menjadi ‘hakim’ dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang iaitu berani membuat keputusan.

Katanya, rakyat perlu berani berubah daripada keadaan sekarang di mana apabila tiba musim PRU seolah-olah sebagai pesta dan musim untuk mendapatkan wang.

Tambahnya, hasil daripada tidak memahami konsep sebenar politik dan pilihan raya inilah yang menyebabkan rakyat akhirnya boleh diperkotak-katikkan kerana mereka seolah-olah boleh dibeli.

“Sekarang sudah menjadi trend apabila menjelang pilihan raya, rakyat memikirkan berlumba-lumba nak dapat duit yang ditabur kerajaan dan peluang nak dapat durian runtuh tanpa menyedari kesilapan memilih kerajaan menyebabkan sengsara selama lima tahun selepas itu.

“Sepatutnya kesempatan yang ada diambil rakyat jadi hakim. Bila parti memerintah silap mereka tukar kerajaan seperti berlaku di England, Amerika, India, Indonesia dan lain-lain negara yang mengamalkan demokrasi. Maknanya mereka menjadi hakim. (more…)